Jumat, 02 Maret 2012

Kata pengantar


     Puji syukur kehadirat Allah Swt, yang maha mengatur seluruh alam semesta sehingga menjadilah suatu kesatuan yang elok dan saling berinteraksi, sholawat beserta salam senantiasa kita haturkan kepada kekasih Allah yakni baginda Rasulullah Saw, yang mana dengan keteladanan beliau serta kepandaian beliau kita dapat menikmati teknologi sekarang ini.
Dalam menjalani hidup dimasa globalisasi ini, seharusnya kita mampu menentukan paham-paham islam yang dulu pernah berkembang hingga kini, agar kita dapat menarik sebuah kesimpulan serta memfilterisasi perkembangan aliran yang ada.
 Syukur senantiasa kami ucapkan atas terealisasinya pembuatan blog ini, yang mana dengan kehadiran blog ini dapat menjadi bahan pembelajaran bagi kita serta dalam upaya kita menambahkan ketakwaan kita kepada Sang Khalik serta menjadi penangkal atau acuhan dalam upaya menghadapi globalisasi itu.
Disamping itu, kami juga memiliki sifat yang kekhilafan didalam tulisan kami ini , untuk itu kami juga berharap adanya kritikan yang membangun dari para pembaca atau pengunjung blog ini, agar adanya pembaruan dalam pengatahuan kita bersama.
Dan akhirnya kami sebagai penulis meminta maaf yang sebesar-besarnya jikalau ada sesuatu yang tidak wajar dalam tulisan kami ini, semoga apa yang kita harapkan kedepan nantinya dapat diridhoi oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Ulama Masa Kini: Payahkah berlaku adil?

Sepasang adik-beradik yang merupakan seorang Dr. Pakar Otak dan seorang Dr. Falsafah Pengajian Islam pengkhususan Fiqh dan Usul berdiskusi setelah lama tidak berjumpa.

Dr. Pakar: Kenapa murung sahaja, ada apa-apa masalah?
Dr. Falsafah: Tidak ada apa-apa, sedang fikir mengenai sesetengah golongan yang berpendapat Islam dan ilmu-ilmu khusus seperti pengeluaran fatwa dan penghuraian dan pentafsiran terhadap al-Quran dan hadis tidak wajar diekslusifkan kepada para sarjana dan ulama yang berlatar belakang ilmu Islam sahaja.
Dr. Pakar: Apa yang menjadi masalahnya?
Dr. Falsafah: Memang diperakui Islam adalah agama yang inklusif, namun ilmu-ilmunya yang cabang, bermula daripada Ulum al-Quran, Usul al-Tafsir, Ulum al-Hadis, Fiqh dan Usul al-Fiqh memerlukan disiplin yang khusus dan ketat bagi memahami dan beramal dengannya, justeru tidak wajar bagi ilmu-ilmu ini dibincangkan dengan wewenang dan menyebabkan salah faham kepada sumber ilmu Islam dan Islam itu sendiri.
Dr. Pakar: Ya, saya juga berpendapat dengan kamu. Perkara-perkara asas tidak wajar dieksklusifkan, namun bagi ilmu-ilmu khusus pastinya ia memerlukan suatu disiplin pengajian dan pemahaman yang panjang dan memakan masa. Sama juga seperti doktor perubatan yang pakar dalam bidang yang khusus, seperti saya dalam bidang otak, makanya saya pakar dalam penyakit otak. Bukan sahaja orang awam, malah dr-dr junior dan bukan pakar dalam penyakit otak wajar menghormati kepakaran dan pendapat saya.
Dr. Falsafah: Itulah, saya harap mereka menghormati saya dalam mendapatkan pendapat dan fatwa agama sebagaimana mereka menghormati kamu apabila mereka mahu otak mereka dibedah oleh kamu.
    Dr. Pakar: Tapi itu tidak bermaksud si pakar sentiasa betul, kadang-kadang mereka boleh sahaja melakukan kesilapan.
Payahkah berlaku adil?
Pada pendapat saya, apa yang paling penting adalah adil dalam menyokong dan menentang. Sikap yang wajar diambil pula; apabila kita rasa berada dekat dengan kebenaran tidak semestinya orang lain semua salah, dan apabila orang lain salah tidak semestinya kita betul.
Ulama perlu diperakui, dihormati kealiman dan ketokohan mereka dalam disiplin dan pengkhususan pengajian mereka, namun dalam masa yang sama tidak dapat tidak kita tidak boleh nafikan sumbangan barat, so called orientalis dalam memberikan perspektif baru kepada sudut pandang Islam dan ilmu-ilmunya yang menyebabkan umat Islam perlu bekerja lebih keras bagi mengatasi mereka. Ini adalah suatu perkara yang positif.
Perlu difahami, pembahagian ilmu fundamental Islam hinggalah kepada ilmu-ilmu cabang tidak lepas daripada dua bahagian besar ini. Menurut Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dan ulama-ulama semasa dengannya ia terbahagi kepada dua iaitu:
1. Ilmu Riwayah
2. Ilmu Dirayah
Ilmu Riwayah adalah umum kerana skop perbincangannya adalah lebih berkisarkan sejarah, susur galur, proses, teknikal dan sebagainya.
Perkara-perkara kulit dan illmu ini saya fikir tiada masalah sesiapapun mahu membincangkannya.
Bagi Ilmu Dirayah yang memfokuskan mengenai tafsiran al-Quran dan hadis, istinbat hukum berdasarkan keduanya ditambah dengan pengalaman dan fatwa (atsar) para sahabat Rasulullah, tabien, tabi tabien dalam menginstinbatkan sesuatu hukum, pastinya memerlukan seorang yang pakar dan tinggi ilmunya sementelah dalam Islam, maqam bagi seseorang digelar ulama itu sangat ketat syaratnya.
Ala kulli hal, hakikatnya, bagi merealisasikan sebuah praktikaliti dalam sebuah plural civil society sebagaimana di Malaysia, ulama harus ditampung profesionalis dan profesionalis harus dibimbing oleh para ulama. Saling melengkapi.
Bak kata Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, "Memprofesionalkan ustaz dan mengustazkan profesional."
Saling melengkapi dan saling bergantungan antara satu sama lain demi dakwah Islam.
- Artikel iluvislam.com